zOnE t!nG t!nG

Khamis, 8 Disember 2011

Tentang perasaan ku...

:) Mungkin inikah yang dinamakan CINTA?Apakah ini sebenarnya rasa CINTA?Apakah ini hanya mimpi  yang ku rasakan sebelum ini bersama 2 orang insan yang bagi ku dahulu insan yang benar-benar ingin ku miliki?Hari ini ku nak luahkan segalanya.YA !!! Segalanya bermula dari awal. Dari awal permulaan perasaan CINTA yang rasakan dahulu hanya mainan yang bermain dalam hidupku.
Bermula dari tahun 2006,seorang insan yang bergelar hawa telah mencuri hati ku.Mencuri hati kecilku yang tak seberapa bernilai ini.Insan yang ku maksudkan ini  AFIQAH NABILAH.Dia hadir bagai memberi sinar dalam kehidupanku,ku bersemangat untuk belajar,ku bersemangat untuk terus pergi ke sekolah, dan dia juga memberi ku satu rasa yang pertama kali ku rasakan dalam kehidupanku.Tetapi sayang rasa itu semua hanya mainan yang menganggu kehidupan ku.Dan dari situlah bermula kisah kehidupan ku yang sebenar,ku mula berubah.Ku mula hisap rokok,ku mula mencuba sesuatu yang baru. Seseuatu yang x sepatutnya ku lakukan.Akibat kekecewaan dan luka yang menguris hati ku, ku jadi seorang manusia yang bagai hampir-hampir bangkai hidup.Kehidupan lesu & tiada sinar,sampai satu masa ku mula membukakan hati ku ini untuk si dia yang hadir di saat ku kecewa.

Tahun 2009,selepas hampir 8 bulan ku kunci pintu hatiku ini untuk insan yang bergelar hawa.Akhirnya ku buka pintu hatiku ini untuk insan yang bagiku mungkin dia lah yang boleh memberi sinar yang ku harapkan.Sinar yang akan terus bersinar tanpa sekali pun terpadam.NADIA HANANI  seorang insan yang hadir setelah hampir sekian lama ku tenggelam dalam lautan sepi tanpa peneman yang sudi membantu ku.Ku mula memberi hatiku ini untuk dia,untuk dia semaikan rasa yang ku iniginkan dari seorang wanita.Kata-kata dia tak pernah menipu ku,tak pernah mungkir janji dia,tak pernah curang dengan ku. Tapi segalanya berakhir dengan sungguh memedihkan hati ku,tanpa ada rasa simpati dia mencampakkan ku dari dunia dia.Dia campakkan ku tanpa memikirkan pengorbananku terhadap dia,kesetiaan ku terhadap dia,penungguan ku menanti diri dia yang setia menanti dengan penuh harapan.Tetapi harapan itu dihancurkan dengan penipuan,kata-kata yang bagai memanah diriku,yang merobek hatiku.Tak pernah ku sangka insan itu sanggup melakukan sebegini padaku,sanggup mengkhianati janji-janji nya,sanggup merobohkan tiang kesetiaan dengan semudah-mudahnya.Tetapi kali ini ku berazam andai ada yang hadir dalam hati ku, insan itu hanya sebagai ruangan untuk mengisi kekosongan dan mencerikan hati yang lara.

Tahun 2011,selepas 2 bulan ku dilukai,hadir seorang insan yang mengisi ruangan hatiku.:). Dengan azam yang pernah ku tanamkan,ku terima diri dia hanya sekadar ingin mengisi kekosongan hati ku yang kesunyian tetapi entah kenapa segala rasa itu semua hadir semula dan kali ini berbeza,beza dari apa yang ku pernah rasa bersama AFIQAH NABILAH & NADIA HANANI . Bagaikan sinar  yang baru,sinar yang sebenar-benarnya ku cari selama ini.Walaupun latar belakang kehidupan dia tidak sebaik insan lain tetapi satu saja yang buat ku makin hari makin sayang pada dia. Dia tak pernah putus-putus peringatkan ku supaya berhenti dari buat benda yang tak berfaedah. YA.. Memang betul Nadia sebelum ini selalu peringatkan ku tapi tidak seperti insan ini.Banyak perkara yang sekarang ku dah tak lakukan,semuanya demi insan ini.Ku tak maen motor,ku dah kurang merokok,ku dah jarang kuar  malam minggu balik lewat-lewat pagi. Semua itu ku lakukan dengan rela hati demi insan ini.Walaupun sekarang antara ku dengan insan ini tiada apa-apa hubungan istimewa tapi ku tahu dia masih sayangkan ku &  itu semua hanya perasaan dia yang ego sama seperti ku. Ku tak tahu kenapa, ku tak boleh lupakan dia.Ku tak boleh padam kan rasa sayang ku ini terhadap dia.Kadang dia sms ku bagitaw tentang exam dia dan ku bagai dengan rela hati memberi semangat yang tak putus-putus. :) ku tak kisah anadai satu hari nanti dia bukan ditakdirkan untuk bersama ku tetapi dah cukup bagi ku merasa saat-saat itu dengan dia,walaupun hanya seketika dan tidak selama hubungan ku sebelum ini.Insan ini yang akan ku sayang sampai akhir hayatku. Insan yang bernama  INTAN SAFIRA. I LOVE YOU SYG.

daku rindukan panggilan mesra kita honey…
daku rindukan kamu panggil Uchuk…
daku rindukan saat kita bersama…
daku rindukan senyuman mesra kamu sayang…
daku rindukan pelukan mesra kamu sayang…
ku rindukan segalanya tentang kamu sayang…
Yaa !!! Segalanya dari awal saat perkenalan kita..
Dari pertama kali kita keluar…
ku tak boleh lupakan kamu sayang…
Renungan mata kamu…
Gelak tawa kamu…
Senyuman kamu…
Telatah kamu…
Perfume yang kamu sering pakai…
Semua itu selalu bermain di ruangan minda ku INTAN SAFIRA…
 Andai mampu kau dengar,
Dengarkanlah sayang luahan hati kecil ku ini…
Luahan hati yang selalu mendambakan sebuah kasih dari dirimu..
Sebuah kebahagiaan dari dirimu…
Sebuah nilai cinta dari kamu…
Ku mencintai diri kamu yang sekarang bukan sejarah silam kamu…
Bukan kepandaian kamu…
Bukan kecantikan kamu…
Bukan kerajinan kamu…
Tapi ku mencintai kamu atas dasar sayang, cinta dan kasih kamu…